Makcik, masa itu belum tiba....

aku menghayunkan kaki dengan lembut dan sopan bersama ibuku...lantas kedengaran sayup2 mainan suara lagu yang diputarkan oleh DJ...seakan-akan meraikan majlis itu...aku sekali sekala mengikut alunan bait lirik yang didendangkan..suasana itu semakin kami dekati dan dari beberapa meter tetamu-tetamu yang lain yang ingin berangkat pulang datang menyapa aku dan ibuku..."baru sampai ke?"tnya beberapa makcik disitu. " aku menganggukan kepala mengiyakan pertnyaan mereka diikuti dengan senyuman. sambil mereka sedang berborak dengan ibuku dan bertanya khabar sesama mereka, tiba-tiba topik perbualan bertukar kepada aku. "lepas ni knduri die plak kot"salah seorang mereka megeluarkan pernyataan itu.."lambat lg makcik..duit pn xde lg, keje pn bru nk mula." aku lemparkan senyuman. aku dan ibu terus ke khemah kenduri utk menikmati hidangan dan disana aku msih mndapat pertnyaan yang sma cumanya cara yang berbeza. " hang bila lg nk knduri?" aku menjawab jwpan yang sama..."dah ada calon ke blum? kalu xde makcik nk carikan.."aku hnya mampu senyum tanpa berikan jwpan yang tepat..ibuku hnya memberi jwpan tmbahan pada mereka dngan menyatakan aku bru shja habis belajar..dalam benakku terpikir, nape nk dipersoalkan hal-hal seperti ini.. andai je habis blajar bla nk kawin?? habis tu mcm mane ngan ibu bapa?? si anak tugasnya belajar dan habis belajar kawin,keje utk diri sndri..senangnya dunia skang..aku mcm nk explain je kt makcik2 tu mcm ni..

makcik,
bila dh habis belajar saya sepatutnya membalas jasa ibu dan ayah saya. saya nk mereka kecapi kebahgian yang mana mereka belum sempat rasanya dgan titik peluh saya..Tuhan dah tetapkan jodoh utk saya dan xperlulah makcik risau tentang itu yang penting ibu dan ayah saya merestui jodoh saya nanti..terlalu byak lg perkara yang saya perlu lakukan utk kebahgaian ibu bapa saya. ibu bapa saya belum menunaikan haji lg, saya rasa itu salah satu tnggungjawab saya. dengan pengorbanan masa,duit dan tenaga mereka pada saya sewaktu sy kecik, kanak-kanak, remaja, student dan smpai sy mampu berdiri dengan kaki sendiri kini tiba masanya saya berkorban utk mereka pula utk semua itu..

makcik,
andai ank makcik lakukan sedemikian tidakkah makcik merasa bahgia??? berapa byk sgt duit,masa dan tenaga seorg ank yang boleh diberikan pada ibu bapa nk dibandingkan apa yang ibu bapa lakukan utk ank-ank. cukupkah dgn balik jenguk sekejap dan bg seratus dua utk mereka setiap bulan??? tp bg stiap ibu bapa itu sudah memadai...tp xkan kita sbg anak nk dengar stakat memadai sahaja...saya rasa banyak lg tanggungjawab saya sbagai seorang ank utk ibu bapa sy selain kawin wahai makcik-makcik sekelian. kwn2 sebelum kita pikir utk diri kita pikir la utk ibu bapa kita,mereka akan gembira bila kita gembira tp alangkah bahagianya kita bila dpat membahagiakan ibu bapa...buruk atau salah mana pn ibu bapa kita, mereka sentiasa betul dan menang sebab mereka adalah ibu bapa...baik macam mane pn ibu bapa kita, mereka sentiasa akn lebih gembira sekiranya mdpat sesuatu dr kita...

makcik,
sy bukan xnak kawin dan sy juga umat Nabi S.A.W dan sudah tntu inginkan keluarga sndri...TP sebelum saya membahagiakan keluarga sy sendiri, ingin sekali saya menbahagiakan ibu bapa saya..saya pasti seandainya saya dapat mambahagiakan ibu bapa saya, pasti Tuhan akan bahagiakn kehidupan saya...betoi x makcik2 sekalian??
saya nk siapkan rumah ibu bapa sy lengkap dgan peralatan2 yang sebelum ni mereka xde dan pastinya untk kesihatan mereka akan sy utamakan..sudah banyak keinginan mereka diketepikan semata-mata utk saya dan pastinya kdang2 kita sndri xsedar semua itu..dengan itu wajarkah sy memenuhi keinginan sy bila sy dh mampu berdikari seperti sekarang???

makcik,
jikalau ibu bapa sy mampu dan berduit sekalipn,xkan la sy sebagai ank sewenang-wenangnya memikirkan diri sy seorg saja. masih ada perbezaannya sekiranya mereka memenuhi keinginan sndri dngan si ank yang penuhi keinginan mereka itu..besar maknanya bagi mereka....

p/s ::jd makcik jgn la persoalkan lg pernyataan seperti itu,..sesungguhnya Tuhan sudah sedia aturanNya utk sy...cuma sy harapkan makcik doakan sy dan anak2 diluar sana supaya mnjadi ank yang membahagiakan ibu bapa....amin...

1 comment:

  1. start arini byk sgt undangan kenduri kawen..maklumla cuti sekolah...dan td aku pergi kendri dan akhirnya aku hdapi soalan yg sma diats....ni la perkara yg pling xbest bla g kenduri kawen..huhu

    ReplyDelete