apabila cinta bertasbih

fakta kes :  adam mula menjauhi hawa, hawa mulai runsing dan meragui cinta adam...cinta yang dibina pada 3 tahun yang lalu mula goyah...hawa takot kehilangan adam, tetapi adam sehingga kini masih menyepi...adam mula liar dengan kehidupan yg sedang dicari..hawa tahu adam seperti bayi kecil yang baru sahaja pandai bertatih utk melangkah dngn haluan sendiri..namun  jauh di sudut hati hawa bimbang adam terus liar tanpa memikirkan dosa dan pahala...hawa mulai sangsi apabila adam mulai berjinak2 dengan kaum2 hawa yang lain....hawa mengaku mmg banyak kaumnya yang rela berhempas pulas utk mndapatkan perkara yang berdosa,tetapi bkn la kaum hawa sahaja yang mnjadi puncanya jikalau adam tidak mengiyakannya....perkara yang haram xkan terjadi... hawa makin bingung dengan perasaannya sendiri..adam sudah semakin jauh darinya...sudah 3hari adam tidak langsung mnghubunginya, dan pada masa yang sama hawa pn melakukan perkara yang sama utk tidak menghubngi adam....tetapi dihati hawa sentiasa berharap adam akan kembali seperti dahulu....sentiasa manghubunginya sewaktu awal perkenalan mereka....di imbas kembali detik2 dahulu di awal perkenalan mereka yang x dirancang tetapi mungkin sudah di atur Tuhan untuk pertemukan mereka sperti itu...air jernih di mata hawa semakin menggunung hanya menanti jatuh sahaja....sangat cantik pertemuan itu....tp itulah di namakan pertemuan di tangan Tuhan...tp indahnya sementara badai melanda tanpa diundang dipertengahan....hawa dapat merasakan adam semakin berubah, kurang mengambil berat dan menjauhkan diri dari untuk berhubung dengan hawa...hawa sedar jarak telah membataskan hubungan mereka seperti pasangan yang lain...tp hawa xkisah sbb yakin dgn cinta adam....malangnya hal ini telah berlaku.....kini, hawa telah membuka matanya tentang cinta...hawa redha.....

apabila cinta diberi utk manusia, manusia boleh lupa dan mengabaikan cinta antara manusia...sbb manusia mempunyai segumpal daging yang boleh berubah-ubah...daging tersebut harus diubati dengan zikir, keimanan yang teguh  kepada Tuhan tetapi bkn utk manusia sepenuhnya...sbb andai tidak dikebalkan dngan semua itu, pasti hati akan boleh berubah...setia kepada curang, bahgia kepada duka, mesra kepada kepedihan dan pastinya pahala kepada dosa....hawa mulai paham apa yang sdang dia lalui...ada sesuatu Tuhan ingin tunjukan kepadanya...supaya dia lebih membuka hatinya utk Maha Pencipta....Allah swt lebih menyayangi hawa sbb mnyedarkan lebih awal....sedarkan hawa bahawa cinta Allah swt lebih besar, lebih adil, lebih nikmat daripada cinta manusia.....cintai Allah swt dan pastinya makhluk lain akan turut mencintaimu.....hawa lebih yakin... 

sedarlah wahai hawa, semua yang berlaku punyai hikmah yang sgt mendalam....dan jgn sesekali menangisi dan sesali ape yg sudah terjadi....Tuhan telah mengaturkan corak hidup kita dngn lukisan yang cantik...jd jgn calarkan tp hiasinya dengan bingkai dan cermin utk jdkan perisai diri agak bukan sahaja cantik utk dijadikan perhiasan dirumah malah berharga jika diletakkan dikedai....pastinya sesiapa yang dapat memilikinya akan menghargainya....sabarlah hawa,Tuhan telah aturkan untukmu sesuatu yang baik kerana Dia lebih tahu mana yang terbaik untukmu....cintailah Dia sepenuh hati, pasti kau akan peroleh cintaNya lebih daripada yang kau beri....kerana terlalu banyak yang Tuhan beri  tetapi terlalu sikit yang kita balas... 


wahai hawa, wahai adam....tiada cinta antara adam dan hawa sekiranya tiada cinta kepada Allah SWT...cinta Allah SWT adalah cinta yang sejati dan Dia lah yang akan menitipkan perasaan cinta antara adam dan hawa...percaya la hawa, cinta adam akan pergi dan begitu juga sebaliknya tetapi selagi engkau mencintai Allah SWT, cinta Allah SWT abadi....

p/s : kwn2 dan juga diri saya, sy ada terbaca statement ini.....jikalau mencintai seseorang jgn beritahu si dia.tetapi beritahu pada Tuhan sbb Tuhan tahu siapa jodoh kita...